Tuesday, March 9, 2010

Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Anjuran KRT Matang Pagar Dengan Kerjasama JASA

Majlis ini telah diadakan pada Hari Sabtu 06-03-2010 jam 8.30 malam bertempat di Lot D-91, Jalan MP52, Kampung Matang Pagar.Kehadiran pada majlis tersebut ialah lebih kurang 300 orang penduduk. Turut hadir meraikan majlis tersebut ialah YB. Datuk Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUN Kawasan Paya Jaras.









Sunday, January 31, 2010

Mesyuarat Penubuhan JPTP Matang Pagar 2010

Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan ( JPTP ) Kampung Matang Pagar, Daerah Gombak telah pun mengadakan Mesyuarat Penubuhannya pada 31 Januari 2010 jam 9.30 pagi. Mesyuarat dirasmikan oleh YBhg. Tuan Magedran a/l Muniandy, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak. Dalam ucapan perasmiannya beliau mengingatkan agar semua ahli JPTP tidak melibatkan sebarang parti politik dalam aktiviti JPTP. Andainya terdapat sebarang masalah pihak JPTP hendaklah berhubung terus dengan beliau sendiri. Pada tahun ini pengerusi dan timbalan pengerusi JPTP dipilih dari kalangan wanita. Tahniah!!!!!!!
Sementara itu Haji Saad pula selaku pengerusi KRT Kampung Matang Pagar meminta kerjasama JPTP agar memaklumkan kepada KRT sebarang aktiviti JPTP yang hendak dilaksanakan. Beliau mengucapkan Tahniah!!! pada semua AJK JPTP yang terpilih dalam mesyuarat tersebut dan berharap mereka semua dapat melaksanakan tugas dengan penuh komitmen.


Cikgu Shida, Guru Tadika Matang Pagar sedang
menyampaikan ucapan aluan selaku pengerusi majlis.

Haji Mohamad Demanih Pengerusi JPTP tahun 2009
sedang menyampaikan ucapan

Haji Saad Md. Saman, Pengerusi KRT Kampung Matang Pagar
sedang menyampaikan ucapan


Puan Rahayu, Penolong Pegawai Perpaduan
Daerah Gombak sedang menyampaikan taklimat
pada ibubapa yang hadir dalam mesyuarat itu.

Tuan Magedran sedang menyampaikan ucapan
perasmiannya.
Sebahagian daripada ibubapa yang hadir





Monday, November 30, 2009

Majlis Qurban Dan Kenduri Rakyat

Kawasan Rukun Tetangga ( KRT ) Kampung Matang Pagar dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ), UMNO Cawangan Matang Pagar dan JKKKP Kampung Matang Pagar telah menganjurkan Majlis Qurban dan Kenduri Rakyat pada Hari Ahad 29 November 2009. Majlis tersebut telah dihadir oleh sebahagian besar penduduk-penduduk Islam Kampung Matang Pagar. Tujuan majlis itu diadakan ialah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk-pendudk sempena Hariraya Aidil Adha pada tahun ini















Kenduri Rakyat Sempena Hariraya Aidil Adha

Sunday, November 15, 2009

Bergambar Bersama Warga NKF 15-11-2009


Bergambar kenangan bersama warga NKF setelah penat bertugas


Bergambar beramai-ramai bersama warga NKF


Petugas NKF sedang bermain dengan cucu Hj. Saad
iaitu Muhammad Amirul Hakim ( Awang )



Gambar-Gambar Program Pemeriksaan Kesihatan

YB. Dato' Bushro sedang berbincang dengan rakan-rakan


YB. Dato' Bushro sedang menyampaikan Sijil Penghargaan
kepada Puan Kathy dari NKF

YB. Dato' Bushro sedang menyampaikan sumbangan kepada
salah seorang ahli yang lahir dalam Bulan November











Salah seorang ahli sedang diperiksa oleh pihak NKF








YB. Dato' Bushro sedang menyampaikan ucapan







YBhg. Tuan Magedran, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak
sedang menyampaikan ucapan