Monday, July 13, 2009

Mesyuarat KRT Kali Ke-4

KRT Kampung Matang Pagar telah mengadakan mesyuaratnya bagi kali ke-4 pada 03 Julai 2009 yang lalu bertempat dirumah HJ. Saad bin Md. Saman. Dalam mesyuarat tersebut beberapa keputusan telah diambil :-

1. Menganjurkan program bacaan Yaasiin, Doa Selamat dan Tahlil Arwah dari rumah ke rumah setiap dua minggu sekali. Ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan penduduk.

2. Menganjurkan program Taddarus Perdana Al-Qur'an pada pertengahan Bulan Ramadan Al-Mubarok. Tarikh sabenar akan dimaklumkan kemudian.

3. Meminta Jiran Muda menganjurkan program pertandingan Futsal sempena menyambut hari kemerdekaan tahun ini.

4. Menganjurkan Majlis Jamuan Hariraya Aidil Fitri untuk semua kaum iaitu dua minggu selepas Hariraya Aidil Fitri pada tahun ini.


" Semoga usaha ini akan mendapat sokongan dari semua pihak "







Majlis Bacaan Yaasiin dan Doa Selamat

KRT Kampung Matang Pagar dengan kerjasama JKKKP dan UMNO Cawangan Matang Pagar telah berjaya mengadakan Majlis Bacaan Yaasiin dan Doa Selamat pada 12 Julai 2009 dimana pelancarannya telah dilaksanakan oleh YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUN Kawasan Paya Jaras. Majlis tersebut telah dihadiri oleh lebih 80 orang penduduk. Penganjur berharap dengan adanya majlis saperti ini penduduk akan dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan perpaduan dikalangan mereka tanpa mengira fahaman politik masing masing.



Friday, July 10, 2009

Gambar-Gambar Majlis Bacaan Yaasiin




YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro sedang menyampaikan
ucapan pelancaran Majlis Bacaan Yaasiin pada 12 Julai 09



Hj. Saad Pengerusi KRT Matang Pagar sedang
menyampaikan ucapannya pada majlis tersebut



Hampir 30 orang peserta wanita mengambil
bahagian dalam program bacaan Yaasiin ini


" PENGANJUR MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA
SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI "



Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2009

Dua minggu selepas Hari Raya Aidil Fitri KRT Matang Pagar dengan kerjasama JKKKP Matang Pagar akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2009. Penganjur akan menjemput semua penduduk Matang Pagar dan kawasan sekitarnya, pegawai pegawai perpaduan daerah Gombak, pegawai pegawai KEMAS, pemimpin pemimpin masyarakat dan lain lain lagi. YB. Datuk Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor ADUN Kawasan Paya Jaras / Ketua UMNO Bahagian Subang akan dijemput untuk menjadi penaung kepada majlis tersebut.

" Penganjur Mengharapkan Sokongan Semua Pihak Bagi Menjayakan Majlis Ini "

Program Taddarus Al-Qur'an

KRT Matang Pagar akan bekerjasama dengan JKKKP Matang Pagar untuk menganjurkan program Taddarus Al-Qur'an pada pertengahan Bulan Ramadan ini bertempat di Surau Darul Ulum, Kampung Matang Pagar. Program tersebut akan terbuka kepada semua penduduk Matang Pagar dan kawasan sekitarnya.

" MARILAH SAMA SAMA KITA MULIAKAN BULAN RAMADAN AL-MUBAROK "

Wednesday, July 8, 2009

Majlis Bacaan Yaasiin Anjuran Jiran Wanita

Pada tarikh 16 Mei 2009, bertempat di rumah pengerusi KRT Kampung Matang Pagar. Satu Majlis bacaan Yaasiin telah dianjurkan oleh Jiran Wanita KRT Kampung Matang Pagar.





Penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam menjayakan majlis ini

AJK KRT Matang Pagar

1. Pengerusi..................................Haji Saad bin Md. Saman
2. Tim. Pengerusi........................Haji Ismail bin Haron
3. Setiausaha................................Sdra. Saifullizan bin Saad
4. Pen. Setiausaha.......................Sdra. Mohd. Hisyam bin Ellias
5. Bendahari.................................Haji Mahamad Zukhi bin Md. Saman
6. Jawatankuasa..........................Sdra. Abdul Rahman bin Bardan
7. ...................................................Sdra. Zainudin bin Md. Basri
8. ...................................................Sdra. Sahari bin Abdul Hamid
9. ...................................................Sdra. Mohamad bin Demanih
10. .................................................Sdra. Othman bin Ahmad
11. ................................................. Sdra. Yusbakti bin Bakhtiar
12. ................................................. Hjh. Harizan bin Ibrahim
13. ................................................. Puan Asmah binti Jelani
14. ................................................. Puan Maryam binti Md. Deni
15. ................................................. Puan Rukiah binti Suratni
16. ................................................. Hjh. Khalijah binti Ahmad
17. ................................................. Sdra. Ibrahim bin Kasim
18. ................................................. Encik Mok Kam Sang
19. ................................................. Encik Kaw Long
20. ................................................ En. Lee Kiang Loy


AJK JIRAN WANITA

Pengerusi ................................... Hjh. Khalijah binti Ahmad
Tim. Pengerusi .......................... Hjh. Eshah binti Hasim
Setiausaha .................................. Hjh. Puziah binti Sulaiman
Pen. Setiausaha ......................... Kasmani binti Abdullah
Bendahari .................................. Rukiah binti Suratni
Jawatankuasa ........................... Siti Haslina binti Mohd. Hamdani
..................................................... Halimah binti Mat Saman
..................................................... Siti Zaleha binti Md. Zin
..................................................... Saminah binti Saino
..................................................... Siti Tongaton binti Samuri
..................................................... Norwati


AJK JIRAN MUDA

Pengerusi .................................. Mohd. Hisyam bin Ellias
Tim. Pengerusi ......................... Muhd. Amin bin Saad
Setiausaha ................................. Mohd. Suffian bin Abdul Rahman
Jawatankuasa ........................... Mahadi bin Mahamad Zukhi
..................................................... Mohd. Azuan bin Abdul aziz
..................................................... Mohd. Azrul bin Abdul Manap




AJK WARGA USIA EMAS

Pengerusi ................................. Haji Samin bin Nabi
Tim. Pengerusi ........................ Haji Baharim bin Osman
Setiausaha ................................ Zainudin bin Md. Basri
.................................................... Kamahizat bin Saidin
.................................................... Mat Razi bin Mat Rabi
.................................................... Kamarudin bin Abdul Rahman
.................................................... Wan Mat Zin bin Wan Jusoh
.................................................... Sahari bin Abdul Hamid
.................................................... Sabri bin Kasim
.................................................... Ali bin Batok Tang
.................................................... Mohd. Yusof bin Bujang