Sunday, January 31, 2010

Mesyuarat Penubuhan JPTP Matang Pagar 2010

Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan ( JPTP ) Kampung Matang Pagar, Daerah Gombak telah pun mengadakan Mesyuarat Penubuhannya pada 31 Januari 2010 jam 9.30 pagi. Mesyuarat dirasmikan oleh YBhg. Tuan Magedran a/l Muniandy, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak. Dalam ucapan perasmiannya beliau mengingatkan agar semua ahli JPTP tidak melibatkan sebarang parti politik dalam aktiviti JPTP. Andainya terdapat sebarang masalah pihak JPTP hendaklah berhubung terus dengan beliau sendiri. Pada tahun ini pengerusi dan timbalan pengerusi JPTP dipilih dari kalangan wanita. Tahniah!!!!!!!
Sementara itu Haji Saad pula selaku pengerusi KRT Kampung Matang Pagar meminta kerjasama JPTP agar memaklumkan kepada KRT sebarang aktiviti JPTP yang hendak dilaksanakan. Beliau mengucapkan Tahniah!!! pada semua AJK JPTP yang terpilih dalam mesyuarat tersebut dan berharap mereka semua dapat melaksanakan tugas dengan penuh komitmen.


Cikgu Shida, Guru Tadika Matang Pagar sedang
menyampaikan ucapan aluan selaku pengerusi majlis.

Haji Mohamad Demanih Pengerusi JPTP tahun 2009
sedang menyampaikan ucapan

Haji Saad Md. Saman, Pengerusi KRT Kampung Matang Pagar
sedang menyampaikan ucapan


Puan Rahayu, Penolong Pegawai Perpaduan
Daerah Gombak sedang menyampaikan taklimat
pada ibubapa yang hadir dalam mesyuarat itu.

Tuan Magedran sedang menyampaikan ucapan
perasmiannya.
Sebahagian daripada ibubapa yang hadir