Monday, July 13, 2009

Mesyuarat KRT Kali Ke-4

KRT Kampung Matang Pagar telah mengadakan mesyuaratnya bagi kali ke-4 pada 03 Julai 2009 yang lalu bertempat dirumah HJ. Saad bin Md. Saman. Dalam mesyuarat tersebut beberapa keputusan telah diambil :-

1. Menganjurkan program bacaan Yaasiin, Doa Selamat dan Tahlil Arwah dari rumah ke rumah setiap dua minggu sekali. Ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan penduduk.

2. Menganjurkan program Taddarus Perdana Al-Qur'an pada pertengahan Bulan Ramadan Al-Mubarok. Tarikh sabenar akan dimaklumkan kemudian.

3. Meminta Jiran Muda menganjurkan program pertandingan Futsal sempena menyambut hari kemerdekaan tahun ini.

4. Menganjurkan Majlis Jamuan Hariraya Aidil Fitri untuk semua kaum iaitu dua minggu selepas Hariraya Aidil Fitri pada tahun ini.


" Semoga usaha ini akan mendapat sokongan dari semua pihak "







No comments:

Post a Comment