Wednesday, August 26, 2009

Majlis bacaan Yaasiin dirumah Tuan Hj. Mohamad Demanih

KRT Matang Pagar bekerjasama dengan JKKKP Matang Pagar telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasiin, Tahlil Arwah dan Doa Selamat setiap dua minggu sekali dirumah ahli-ahli mengikut permintaan atau giliran. Pada 09 Ogos 2009 jam 8.45 malam majlis bacaan yaasiin itu telah diadakan dirumah Tuan Hj. Mohamad Demanih dengan dihadiri oleh 60 orang penduduk. Majlis ini telah merapatkan hubungan penduduk-penduduk Matang Pagar disamping mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Pada malam itu juga pengerusi KRT yang juga pengerusi JKKKP Matang Pagar telah mengucapkan terima kasih pada Tuan Hj. Mohamad dan keluarga serta semua yang hadir bagi menjayakan majlis itu. Pengerusi juga memaklumkan bahawa program bacaan yaasiin ini ditangguhkan sehingga selepas Hariraya Aidilfitri nanti.

" KRT Matang Pagar mengucapkan

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

pada semua

MUSLIMIN dan MUSLIMAT

No comments:

Post a Comment