Pada Hari Ahad 15 November 2009 satu program pemeriksaan kesihatan meliputi pemeriksaan kencing manis, buah pinggang, darah tinggi dan kolestral telah diadakan dirumah Haji Saad Lot D-91, Jalan MP52, Kampung Matang Pagar dari jam 10.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Seramai 120 orang telah menghadiri program tersebut tetapi hanya 96 orang saja yang sempat membuat pemeriksaan penuh, yang lain hanya membuat pemeriksaan tekanan darah tinggi dan kaunseling saja kerana tidak cukup masa. Pihak penganjur mengucapkan terima kasih banyak kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama NKF, Tuan Magedran ( pegawai perpaduan Daerah Gombak ), YB. Ir. Bushro dan banyak lagi yang tak dapat saya sebutkan disini.
" Terima Kasih Semua "
No comments:
Post a Comment